GKB 1053

Refleksi Assignment GKB 1053

    Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Ilahi,dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus bagi subjek Kemahiran Belajar ini. Namun, saya akui dengan jujur bahawa proses menyiapkan tugasan ini bukanlah semudah yang disangka.
        Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama dalam menyiapkan tugasan, banyak perkara yang menjadi cabaran dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Antaranya adalah masalah untuk menyesuaikan diri dalam proses melaksanakan kerja kursus.
    Sebagai perbandingan, sekiranya sewaktu di bangku persekolahan dahulu, guru yang banyak memberi bahan kepada murid-murid, namun berbeza ceritanya di sini. Pelajar sendiri perlu mencari bahan, mengolah bahan, menyediakan dengan baik seterusnya menghantar output yang sempurna kepada pensyarah untuk disemak.
       Melalui kerja kursus ini, saya telah didedahkan dengan aspek penggunaan ICT bukan hanya pada tahap pelajar malah telah didedahkan dengan aplikasi-aplikasi yang dapat saya gunakan semasa menjadi guru kelak. Contohnya membuat analisis markah subjek menggunakan Microsoft Excel dan sebagainya.
        Selain itu, saya juga baharu sahaja mengetahui yang mana aspek ICT mempunyai cabang yang cukup besar. Contohnya aplikasi dalam komputer yang cukup banyak dalam memudahkan kerja saya sebagai pelajar IPG yang memerlukan kemahiran menggunakan alatan elektronik seperti komputer dengan cekap.
       Namun, secara jujurnya saya akui, dalam proses melaksanakan kerja kursus ini saya menghadapi banyak cabaran dan dugaan. Antaranya ialah masalah menyesuaikan diri dengan format tugasan. Hal ini demikian kerana, membuat kerja kursus pada tahap sekolah menengah dahulu tidak sama dengan membuat kerja kursus di peringkat IPG. Hal ini memandangkan kerja kursus di peringkat IPG merupakan satu kerja kursus yang perlu dilakukan dengan mengutamakan aspek ilmiah dalam hasil tugasan tersebut.
          Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya telah mengunjungi perpustakaan yang disediakan untuk mencari buku-buku ilmiah untuk dijadikan rujukan. Oleh kerana tugasan yang diberikan memerlukan ilmu ICT yang lebih banyak, saya telah mencari maklumat tambahan melalui internet untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
          Kadang-kala, amat sukar untuk saya memahami isi kandungan maklumat yang saya temui melalui internet mahupun bahan bercetak. Oleh itu, saya telah berjumpa dengan pensyarah subjek ini iaitu Encik Hamzah bin Dollah untuk membuatkan saya lebih memahami maklumat yang saya temui untuk memudahkan saya menyiapkan kerja kursus ini pada waktu yang ditetapkan.
           Halangan yang paling besar bagi saya ialah aspek pengurusan masa. Hal ini kerana, waktu kuliah habis pada lewat petang menyebabkan keletihan melanda. Oleh itu, waktu yang ada hanyalah pada waktu malam. Namun, sebagai pelajar IPG, saya bukan hanya mempunyai satu kerja kursus untuk dsiapkan. Ditambah pula dengan pelbagai pembentangan yang perlu dilakukan dengan tugasan lain, kekangan masa menjadi perencat perjalanan saya menyiapkan kerja kursus ini. Oleh itu, saya telah mengambil jalan penyelesaian dengan merangka jadual belajar dalam membantu saya membahagikan masa dengan seoptimum mungkin.
           Masalah teknikal seperti kerosakan laptop pada saat-saat melaksanakan kerja kursus juga sukar diramal. Oleh itu, sebelum berlakunya kejadian seperti itu, saya telah membuat fail back up untuk mengelakkan masalah yang tidak diundang seperti laptop tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan kehilangan fail yang penting tidak terjadi.
          Akhir sekali, saya sangat bersyukur dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan selengkapnya dan menghantarnya pada tarikh yang ditetapkan. Tugasan ini juga sememangnya satu tugasan yang baik kerana dapat mendedahkan diri saya kepada aspek ICT yang ramai masyarakat fikir ianya satu perkara yang leceh dan merumitkan dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment