Tuesday 6 May 2014

Assalamualaikum..
Hai uollss..sumpah lama tak update entri kat blog ni..yelah.dulu buat sebab lecturer suruh,tu yg tak into it sangat.Hahah(gelak jahat)

So now,rasa tiba tiba nak update je..sebabnya,baru terasa duit tiba tiba jadi keperluan yang amat sangat..nampak.macam materialistik but wait!
yelah,dengan duk kat tengah bandar ni,memang taklah nak buat.saving kalau.setakat.harap elaun je kan.

Rasa nak tanya lah kan,if sapa sapa tahu ceruk ceruk yang ada part time job,mehlah.kongsi.kongsi sebab satunya op koslah pasal duit kan..
One more thing is saya tak pernah kerja even part time,so sementara.cuti sem yang akan datang,naklah ada pengalaman kerja

So,sapa sapa yg perlukan pekerja,bolehlah.emelkan kat sini:nurulain9876@gmail.com
Kalau boleh saya nak yg kat area dengkil,putrajaya or nilai(Amboy,kemain demand kan?)sebabnya dekat.dengan rumah
Ok,thats all for this time.see ya;-)

Sunday 20 October 2013

SHOPPING ONLINE !



Salam semua !=) Dah lama tak update blog ni. sibuk la katanya. hahaah..so, hari ni nak kongsi sikit pasal aktiviti hari ni. tengah berinternet hari tu, nampak pulak barang yang dijual online. nampak macam menarik je, so decide la nak beli barang ni.
 Tapi, mula-mula macam takut sebab tak tau macam mana nak bayar online ni. Dah contact penjual tu, tanya tu, tanya ni, jadi try la. menggigil kot nak transfer duit online ni. takut duit hilang je, tapi barang tak dapat.
 Bila nak bayar online ni lah, baru rasa memang buta it sikit. hahaah. bukan apa, banyak kes yang dah bayar tapi tak dapat barang. tak ke sedih benda tu. dahla duit pun susah nak dapat kan. hee
 Alhamdulilah, dah transfer duit tadi.. baru je tadi. so nak tunggu barang sampai ipg nih.=D doakan barang saya selamat sampai k. see u next time !=D


Saturday 28 September 2013

Refleksi Assignment GKB 1053

    Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Ilahi,dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus bagi subjek Kemahiran Belajar ini. Namun, saya akui dengan jujur bahawa proses menyiapkan tugasan ini bukanlah semudah yang disangka.
        Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama dalam menyiapkan tugasan, banyak perkara yang menjadi cabaran dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Antaranya adalah masalah untuk menyesuaikan diri dalam proses melaksanakan kerja kursus.
    Sebagai perbandingan, sekiranya sewaktu di bangku persekolahan dahulu, guru yang banyak memberi bahan kepada murid-murid, namun berbeza ceritanya di sini. Pelajar sendiri perlu mencari bahan, mengolah bahan, menyediakan dengan baik seterusnya menghantar output yang sempurna kepada pensyarah untuk disemak.
       Melalui kerja kursus ini, saya telah didedahkan dengan aspek penggunaan ICT bukan hanya pada tahap pelajar malah telah didedahkan dengan aplikasi-aplikasi yang dapat saya gunakan semasa menjadi guru kelak. Contohnya membuat analisis markah subjek menggunakan Microsoft Excel dan sebagainya.
        Selain itu, saya juga baharu sahaja mengetahui yang mana aspek ICT mempunyai cabang yang cukup besar. Contohnya aplikasi dalam komputer yang cukup banyak dalam memudahkan kerja saya sebagai pelajar IPG yang memerlukan kemahiran menggunakan alatan elektronik seperti komputer dengan cekap.
       Namun, secara jujurnya saya akui, dalam proses melaksanakan kerja kursus ini saya menghadapi banyak cabaran dan dugaan. Antaranya ialah masalah menyesuaikan diri dengan format tugasan. Hal ini demikian kerana, membuat kerja kursus pada tahap sekolah menengah dahulu tidak sama dengan membuat kerja kursus di peringkat IPG. Hal ini memandangkan kerja kursus di peringkat IPG merupakan satu kerja kursus yang perlu dilakukan dengan mengutamakan aspek ilmiah dalam hasil tugasan tersebut.
          Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya telah mengunjungi perpustakaan yang disediakan untuk mencari buku-buku ilmiah untuk dijadikan rujukan. Oleh kerana tugasan yang diberikan memerlukan ilmu ICT yang lebih banyak, saya telah mencari maklumat tambahan melalui internet untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
          Kadang-kala, amat sukar untuk saya memahami isi kandungan maklumat yang saya temui melalui internet mahupun bahan bercetak. Oleh itu, saya telah berjumpa dengan pensyarah subjek ini iaitu Encik Hamzah bin Dollah untuk membuatkan saya lebih memahami maklumat yang saya temui untuk memudahkan saya menyiapkan kerja kursus ini pada waktu yang ditetapkan.
           Halangan yang paling besar bagi saya ialah aspek pengurusan masa. Hal ini kerana, waktu kuliah habis pada lewat petang menyebabkan keletihan melanda. Oleh itu, waktu yang ada hanyalah pada waktu malam. Namun, sebagai pelajar IPG, saya bukan hanya mempunyai satu kerja kursus untuk dsiapkan. Ditambah pula dengan pelbagai pembentangan yang perlu dilakukan dengan tugasan lain, kekangan masa menjadi perencat perjalanan saya menyiapkan kerja kursus ini. Oleh itu, saya telah mengambil jalan penyelesaian dengan merangka jadual belajar dalam membantu saya membahagikan masa dengan seoptimum mungkin.
           Masalah teknikal seperti kerosakan laptop pada saat-saat melaksanakan kerja kursus juga sukar diramal. Oleh itu, sebelum berlakunya kejadian seperti itu, saya telah membuat fail back up untuk mengelakkan masalah yang tidak diundang seperti laptop tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan kehilangan fail yang penting tidak terjadi.
          Akhir sekali, saya sangat bersyukur dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan selengkapnya dan menghantarnya pada tarikh yang ditetapkan. Tugasan ini juga sememangnya satu tugasan yang baik kerana dapat mendedahkan diri saya kepada aspek ICT yang ramai masyarakat fikir ianya satu perkara yang leceh dan merumitkan dalam kehidupan.

Tuesday 10 September 2013

     Salam semua. Hari ni nak kongsi satu program yang boleh menyebabkan kau orang kenyang tanpa makan. Hee.. Cube tengok gambar kat bawah ni okeh;)

 Ha, sebenarnye bukan gambar orang ni yang buat kenyang. hee..bukan dia, bukan dia. Sebenarnye nama rancangan ni Cake Boss(macam yang dekat gambar tu, kau orang nampak kan?.hee). Rancangan ni bersiaran di Astro TLC 707. Waktu siaran tak bape sure sebab kadang-kadang dia berulang all over again(saye pun confuse daa).
  Apa yang best pasal citer ni ? hmm, sebenarnye tak lah best mane pon, tapi semua kek yang dia buat sangat kreatif dan super duper out of the box!. Kalau dulu, kek bentuk dia plain, bulat, segi empat je kan? Tapi Buddies(yang pegang kek kat atas tu namanye buddies okeh!) ni punye kek punyelah ohsemm uolls! Sampai nak makan pun sayang macam kek kat bawah ni ><
cantik bukan? haha, ni baru yang cantik, yang pelik, yang kreatif, yang menakutkan pun ade jugak tau. Meh tengok gambar yang kat bawah ni k uolls.. ;)

cantik sangat kan ? sampai sayang sangatt nak makan kek cantik ni.hee.kek yang sofistikated pon ade tau kau orang. cer tengok ni
hah, nampak tak ? siap keluar api tau.. eh eh, ni bukan robot autobot tu tau..bukan, bukan.. nilah kek! macam mane agaknye nak makan kek macam ni kan?heee.gambar seterusnye ialah
hahah, saya pun terkejut tengok gambar yang menakutkan macam ni..dah dah, jgn tengok lame lame, nanti ade pulak kat bawah katil. kite tgk gambar kek lain lah pulak eh


hehe, memang cantik belaka kan semua ni..tengok je dah kenyang rasanye..tengok punye tengok nampaklah gambar kek yang macam boleh dibuat kek kahwin saya nanti. kek dia macam ni
heee, super cantik kott. he, nak hantaran pulak macam ni

wah, terkejut satu kampung hantaran macam tu kann.. hah, dah dah, stop berangan okeh, banyak lagi nak buat sebelum kahwin ye tak..hee, itu je nak kongsi dengan uolls hari ni sebab tiba-tiba lapar pulak...Jumpa lain kali pulak okeh, bubye =)















Sunday 8 September 2013

Masa OHHHH Masa !!



        Masa merupakan suatu perkara yang sering menjadi masalah kepada orang ramai terutamanya PELAJAR. Dengan assignment berlambak, aktiviti persatuan lagi dengan entah apa lagi lah kan. Ada orang yang mengatakan masa itu ibarat pedang. Kalau kita tak potong dia, dia akan potong kita. Sampai macam tu sekali perumpamaannya ye.. So, mesti penting kan masa ni.Hee..

       Masa ni boleh buat kita jadi sampai macam gambar kat bawah ni ke ?
                      




   Dengan kopi espresso masuk dalam badan da macam masuk air kat hospital, da macam orang sakit dah dia tu. Ni mesti buat kerja last minute kan(macam diri sendiri jugak sebenarnnya).haha..
   Kalau kau orang yang tengah baca tu, ada tanda-tanda macam kat atas tu, maknanya kau orang ada masalah dalam menguruskan masa. So, coretan kali ini, saje nak berkongsi dengan kau orang  pasal pengurusan masa okeh !
¨Secara rasionalnya masa bukanlah suatu masalah yang memerlukan kepada suatu pengurusan, yang penting adalah bagaimana seseorang individu itu mengendalikannya.
¨Masa juga dirujuk sebagai semua tindakan yang dipatuhi oleh individu bagi memastikan mereka menggunakan masa dengan sebaiknya. Contohnya dengan penggunaan alat elektronik masa.
So, sekarang dah tau kan sedikit sebanyak pasal pengurusan masa ni. Kita pergi kat kepentingan menguruskan masa pulak eh.
    ¨Sebagai alat mencapai matlamat
 ¨Dapat menggunakan masa secara optimum
 ¨Menghindari masalah stress atau tekanan
 ¨Mencapai kepuasan diri
 ¨Menghindari kebimbangan
 ¨Memberikan motivasi pada diri
Ramai orang cakap susahlah nak uruskan masa dengan baik ni. Betul ke ? Jom kita tengok cara menguruskan masa dengan baik pulak kat bawah ni..
¨1.Menentukan matlamat
¨2.Mengenalpasti dan menyenaraikan keutamaan
¨3.Mengenalpasti dan mengurangkan aktiviti yang tidak produktif
¨4.Berikan tumpuan 100% kepada sesuatu perkara dahulu
¨5.Memastikan anda mempunyai tarikh akhir berasingan untuk memastikan kerja siap pada masanya
¨6.Agihkan tanggungjawab sekiranya perlu untuk hasil yang lebih baik
¨7.Minta nasihat dari pihak yang berkaitan sekiranya perlu

So, tak susah pun kan nak uruskan masa dengan baik. Daripada jadi macam gambar yang macam kat hospital tu baik kita jadi  macam ni sebab uruskan masa dengan baik.
Tenang je kan tengok muka kucing ni..sebab da siap kerja sekolah kot, hee
Okeylah, sampai sini dulu, semoga apa yang ada dalam post ni tadi dapat memberi kebaikan kepada kita semua. Wassalam, jumpa lagi =)