Sunday 8 September 2013

Masa OHHHH Masa !!



        Masa merupakan suatu perkara yang sering menjadi masalah kepada orang ramai terutamanya PELAJAR. Dengan assignment berlambak, aktiviti persatuan lagi dengan entah apa lagi lah kan. Ada orang yang mengatakan masa itu ibarat pedang. Kalau kita tak potong dia, dia akan potong kita. Sampai macam tu sekali perumpamaannya ye.. So, mesti penting kan masa ni.Hee..

       Masa ni boleh buat kita jadi sampai macam gambar kat bawah ni ke ?
                      




   Dengan kopi espresso masuk dalam badan da macam masuk air kat hospital, da macam orang sakit dah dia tu. Ni mesti buat kerja last minute kan(macam diri sendiri jugak sebenarnnya).haha..
   Kalau kau orang yang tengah baca tu, ada tanda-tanda macam kat atas tu, maknanya kau orang ada masalah dalam menguruskan masa. So, coretan kali ini, saje nak berkongsi dengan kau orang  pasal pengurusan masa okeh !
¨Secara rasionalnya masa bukanlah suatu masalah yang memerlukan kepada suatu pengurusan, yang penting adalah bagaimana seseorang individu itu mengendalikannya.
¨Masa juga dirujuk sebagai semua tindakan yang dipatuhi oleh individu bagi memastikan mereka menggunakan masa dengan sebaiknya. Contohnya dengan penggunaan alat elektronik masa.
So, sekarang dah tau kan sedikit sebanyak pasal pengurusan masa ni. Kita pergi kat kepentingan menguruskan masa pulak eh.
    ¨Sebagai alat mencapai matlamat
 ¨Dapat menggunakan masa secara optimum
 ¨Menghindari masalah stress atau tekanan
 ¨Mencapai kepuasan diri
 ¨Menghindari kebimbangan
 ¨Memberikan motivasi pada diri
Ramai orang cakap susahlah nak uruskan masa dengan baik ni. Betul ke ? Jom kita tengok cara menguruskan masa dengan baik pulak kat bawah ni..
¨1.Menentukan matlamat
¨2.Mengenalpasti dan menyenaraikan keutamaan
¨3.Mengenalpasti dan mengurangkan aktiviti yang tidak produktif
¨4.Berikan tumpuan 100% kepada sesuatu perkara dahulu
¨5.Memastikan anda mempunyai tarikh akhir berasingan untuk memastikan kerja siap pada masanya
¨6.Agihkan tanggungjawab sekiranya perlu untuk hasil yang lebih baik
¨7.Minta nasihat dari pihak yang berkaitan sekiranya perlu

So, tak susah pun kan nak uruskan masa dengan baik. Daripada jadi macam gambar yang macam kat hospital tu baik kita jadi  macam ni sebab uruskan masa dengan baik.
Tenang je kan tengok muka kucing ni..sebab da siap kerja sekolah kot, hee
Okeylah, sampai sini dulu, semoga apa yang ada dalam post ni tadi dapat memberi kebaikan kepada kita semua. Wassalam, jumpa lagi =)

No comments:

Post a Comment